๐๏ธ Padam Akaun & Data โ Geng Bas Sekolah
Permainan: Geng Bas Sekolah ยท Pembangun: Nadzreeq Nor Majid (Malaysia) ยท Dikemas kini: 22 November 2026Cara meminta pemadaman
- Buka Geng Bas Sekolah (app Android atau gengbassekolah.com) dan log masuk dengan akaun yang mahu dipadam.
- Tekan โฐ Menu โ ๐ฌ Maklum balas.
- Tulis "Padam akaun saya" (seluruh akaun) atau "Padam data saya" dan nyatakan data mana (contohnya mesej sembang atau profil awam). Sertakan ๐ ID Pemain anda (ada di โ๏ธ Tetapan).
- Atau hantar emel ke xpyonedge90@gmail.com dari emel log masuk anda, dengan tajuk "Padam akaun Geng Bas Sekolah".
Apa yang dipadam
Apabila akaun dipadam, semua ini dibuang sepenuhnya: akaun log masuk (emel & ID pengguna), simpanan kemajuan di awan, profil awam (nama syarikat, avatar, tahap, foto syarikat, kedudukan liga & papan pendahulu), mesej sembang, bidaan lelong dan status keahlian Pas Tauke.
Jika anda hanya mahu memadam sebahagian data tanpa memadam akaun (contohnya mesej sembang atau profil awam), nyatakan dalam permintaan anda dan hanya data itu akan dipadam.
Kemajuan yang disimpan pada peranti anda sendiri boleh dipadam bila-bila masa dengan menyahpasang app atau mengosongkan data laman dalam pelayar.
Apa yang disimpan & berapa lama
Rekod pembelian (ID pesanan, produk, tarikh & jumlah) disimpan sehingga 7 tahun untuk tujuan perakaunan, cukai dan bayaran balik, seperti dikehendaki undang-undang Malaysia. Rekod ini tidak dikaitkan semula dengan profil permainan. Google Play dan Stripe menyimpan rekod pembayaran mereka sendiri mengikut dasar privasi masing-masing.
Salinan sandaran sistem dibuang secara automatik dalam masa 30 hari selepas pemadaman.