๐Ÿš Kembali ke permainan

๐Ÿ”’ Dasar Privasi โ€” Geng Bas Sekolah

Dikemas kini: 22 November 2026 ยท Pembangun: Nadzreeq Nor Majid (Malaysia)
Geng Bas Sekolah ialah permainan santai percuma tentang mengurus syarikat van sekolah. Kami cuba simpan sesedikit mungkin maklumat. Permainan ini ditujukan untuk pemain berumur 13 tahun ke atas.

1. Apa yang disimpan

Dalam peranti anda: kemajuan permainan, tetapan (bahasa, bunyi, grafik) disimpan dalam storan pelayar (localStorage) peranti anda sahaja.

Jika anda log masuk (pilihan): kami guna Google Firebase untuk menyimpan kemajuan anda di awan supaya boleh main di peranti lain. Yang disimpan: emel log masuk, kemajuan permainan, nama syarikat & avatar yang anda pilih, dan kedudukan liga. Pemain lain hanya nampak nama syarikat, tahap dan avatar anda di papan liga/sembang โ€” bukan emel anda.

Sembang Geng: mesej yang anda hantar boleh dibaca oleh pemain lain yang log masuk. Pautan, nombor telefon dan emel disekat secara automatik; jangan kongsi maklumat peribadi.

Maklum balas: apa yang anda tulis dalam borang maklum balas hanya dibaca oleh pembangun.

2. Iklan Google

Permainan ini mungkin memaparkan iklan melalui Google AdSense (H5 Games Ads) untuk membantu menampung kos pelayan. Kami meminta Google memberi layanan kanak-kanak kepada semua permintaan iklan: tiada iklan berdasarkan minat (diperibadikan), tiada iklan pemasaran semula, dan perlindungan iklan untuk kanak-kanak digunakan.

Iklan hanya muncul pada waktu rehat dalam permainan (contohnya selepas laporan bulanan) atau apabila anda memilih sendiri untuk menonton iklan bagi mendapat bonus dalam permainan. Google mungkin menggunakan kuki atau pengecam yang serupa untuk memaparkan iklan dan mengira paparan, mengikut Dasar Iklan Google dan Dasar Privasi Google.

3. Pembelian dalam permainan

Permainan ini percuma. Pembelian adalah pilihan: ๐Ÿ‘‘ Pas Tauke (keahlian 30 hari) dan ๐Ÿ“ฆ Stor +10 ruang. Dalam app Android, bayaran diproses oleh Google Play; di laman web, oleh Stripe. Kami hanya menerima pengesahan pembelian (ID pesanan, produk & tarikh) untuk mengaktifkan item pada akaun anda โ€” kami tidak menerima atau menyimpan butiran kad atau akaun bank anda. Pembelian memerlukan log masuk.

4. Umur pemain

Permainan ini untuk pemain berumur 13 tahun ke atas dan tidak ditujukan kepada kanak-kanak. Jika anda ibu bapa dan percaya anak anda di bawah 13 tahun telah membuat akaun, hubungi kami dan kami akan memadamnya (lihat bahagian 6).

5. Perkongsian maklumat

Kami tidak menjual maklumat anda. Maklumat hanya diproses oleh penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan permainan: Google Firebase (log masuk & simpanan awan), Cloudflare (laman web), Google AdSense (iklan), Google Play dan Stripe (pembelian).

6. Hak anda & hubungi kami

Anda boleh log keluar, memadam data permainan di peranti anda (kosongkan data laman di pelayar), atau meminta kami memadam akaun awan anda. Hantar permintaan melalui โ˜ฐ Menu โ†’ ๐Ÿ’ฌ Maklum balas dalam permainan (sertakan ๐Ÿ†” ID pemain dari โš™๏ธ Tetapan) dan kami akan uruskan. Butiran penuh: Padam Akaun & Data.

English summary. Geng Bas Sekolah is a free, casual school-van management game for players aged 13 and over. Progress is stored on your device; signing in (optional) stores your email and game progress in Google Firebase for cross-device play. Other players can see your company name, level and avatar, and chat messages you send. The game may show Google AdSense (H5 Games) ads to cover server costs; all ad requests are tagged for child treatment (no personalised or remarketing ads), and ads appear only at natural breaks or when you choose to watch one for an in-game bonus. Optional purchases (Pas Tauke membership, extra storage) are processed by Google Play in the Android app and by Stripe on the web; we only receive the purchase confirmation (order ID, product, date) and never see card or bank details. We don't sell personal data. To delete your cloud account, send a request through โ˜ฐ Menu โ†’ ๐Ÿ’ฌ Feedback in the game, including your Player ID.
๐Ÿš Kembali ke permainan